09 Mac 2014

[AL-FATIHAH الفَاتِحَة]


Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu. 

Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat. 


Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dan ia menjadi trending pencarian di google.

Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan kepada kepada nahas Kapal Terbang MAS MH370 yang dilaporkan hilang di lautan China Selatan. Kepada Allah kita berserah Amin.


AL-FATIHAH الفَاتِحَة

03 Mac 2014

Cara Untuk Membuat Tempahan

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan dari pelanggan. Kami sentiasa mendoakan anda sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T Dalam dua minggu kebelakangan ini kami menerima pertanyaan dari beberapa pelanggan melalui (Telephone,Fb Inbox, WhatApp & Email), yang bertanyakan cara-cara untuk membuat Tempahan dari Tprintrepublic, Berikut adalah panduan asas;

Design;
Hantarkan design anda dalam format (PNG,JPEG,Ps,Ai).
kepada kami di; tprintrepublic@gmail.com

Facebook Page; https://www.facebook.com/tprintrepublic.

WhatApps; 0197209432 (Paling Mudah dan cepat)

Sila Sertakan Maklumat;
1) Nama Anda
2) Saiz (SS,S,M,L,XL,XXL,XXXL)
3) Warna/KOD
4) Maklumat Design
5) Kuantiti

Selepas menerima e-mel/WhatApp dari anda, kami akan menyemak stok t-shirt yang kami ada dan jadual projek percetakan sedia ada.

Sebut Harga / Quotation;
Sebut Harga akan diberikan dalam tempoh 24 Jam

Wang Pendahuluan / Deposit;
Bayaran 50% diperlukan sebelum kerja-kerja percetakan dijalankan. Proses Percetakan hanya bermula selepas bayaran deposit dibuat.

Nota:

Sila e-mel atau What App kepada kami maklumat tarikh deposit anda, masa dan butiran projek untuk bil ke; tprintrepublic@gmail.com

Tidak mendepositkan wang ke akaun kami sebelum atau sebarang pengesahan harga dibuat dari pihak kami.

Maklumat bank kami di bawah:
Bank: CIMB
Nombor akaun: 01060012578054

Nama akaun: Tprintrepublic Apparel



MockUp Design;
Mock-up Design akan dihantar untuk pengesahan anda. Selepas disahkan, Kami akan memulakan kerja-kerja percetakan

Prosedur Penghantaran / Delivery;
Bayaran Baki perlu dijelaskan sebelum barang dihantar kepada pelanggan.

Kebanyakan percetakan anda akan siap dalam jangkamasa;

1) Ready Made Tshirt (Baju Catalog) - 5 hingga 10 hari.
2) Custom Made Tshirt - 10 hingga 30 Hari Berkerja (Mengikut Qty)

Walau bagaimanapun, beberapa perkara yang boleh melambatkan projek-projek anda mungkin berlaku seperti di bawah:

1. Pelanggan melambatkan bayaran Deposit.

2. Pengesahan Mock-Up Design lambat dari pelanggan.

3. Berlaku kerosakan luarjangka keatas mesin/peralatan Percetakan. Penyelenggaraan Mesin/Peralatan yang kebanyakannya akan mengambil masa 1-2 hari sahaja.

4. Penghantaran lewat daripada pembekal atau ganguan logistik disebabkan beberapa masalah atau semasa musim cuti perayaan.

*** Kami akan memaklumkan & berbincang dengan anda jika sekiranya t-shirt tidak tersedia pada tarikh siap yang dijanjikan.


Rakan anda :

https://www.facebook.com/tprintrepublic

15 Februari 2014

Peralatan yang terbaik screenprinter

Untuk mereka yang ingin mencari Peralatan yang terbaik, berikut adalah antara maklumat yang boleh dijadikan panduan;

Maklumat dibawah Ini adalah berdasarkan Pandangan dan pengalaman Pakar-Pakar Silkscreen yang terkenal di USA.

Antara yg terbaik khas utk screenprinter:



1. Software Grafik Vektor : CorelDraw
2. Software Grafik Photo : Adobe Photoshop
3. Colour Separation Sotware : Separation Studio
4. Rubber Dye : Seikaprene
5. Plastisol Ink : Wilflex
6. Water Based Ink : VirusInk
7. Discharge : Magna
8. Emulsion : Fotecoat - Diazo Emulsion
9. Mesh - Sefar (Yellow Mesh)
10. Manual Press : Vastex
11. Auto Press : M&R
12. Flash Dryer : M&R
13. Conveyer Dryer : M&R
14. Tshirt : Best Print Quality : FOTL (bolcoro tech)
15. Film Inkjet Printer : EPSON with RIP
16. Laser Printer : HP with Postscript
17. Yourself : Always Learn & do it now what u have learnt







08 Februari 2014

Kisah yang #Tprintrepublic ingin Kongsikan disini adalah..

Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan

Kenali diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kita bersyukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristigfar, Allah tidak segan akan luaskan lagi nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan mendatang.

Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian, di dalam al-Quran surah Nuh ayat 10, 11,dan 12, Allah s.w.t berfirman, maksudnya :

'' Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ''.





Jadi, adalah kewajipan bagi kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa beristighfar. Rasulullah s.a.w tidak akan bangun dari tempat tidur baginda kecuali setelah beristighfar sebanyak 70 kali, dalam hadis lain menyebut sebanyak 100 kali. Walaupun Rasulullah maksum, bebas daripada dosa, dijamin masuk syurga tapi begitu hebat istighfarnya kepada Allah.. apatah lagi kita yang banyak dosa.

Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dipermudahkan rezeki. Semoga kita tenang dalam mencari rezeki.

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ


ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ



ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Beristighfarlah kepada Allah, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita, memgurniakan generasi yang soleh dan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada kita. InsyaAllah.

Rakan Anda:
#tprintrepublic
www.tprintrepublic.com


Note ***
Untuk Ingatan diri Sendiri...

20 Januari 2014

Dropship



"Dropship", Satu istilah baharu buat mereka yang masih lagi baru berjinak-jinak dengan perniagaan online. Bagi yang baru pertama kali mendengar istilah "Dropship", secara ringkasnya, Dropship adalah kaedah yang membolehkan sesiapa menjual produk fizikal pada harga borong tanpa perlu menyimpan stok untuk produk tersebut.

Sekiranya berlaku tempahan, pembekal yang menyediakan khidmat Dropship ini akan menghantar terus tempahan kepada pembeli.



KAEDAH DROPSHIP;

1-Dropship adalah memerlukan anda mempromosi barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya.

2-Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan.

3-Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda.

4-Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?








Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship :

1. Promosi produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)

2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda

3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran

4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.

5. Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.